|


Assalammualaikum
warahmatullahi wabarokatuh

Sejarah
telah membuktikan UMNO telah berjaya menyatukan bangsa Melayu yang dulu
nya di pisahkan oleh semangat kenegerian dan semangat suku kaum masing-
masing.
Sejarah
juga telah membuktikan UMNO berjaya menyatukan rakyat yang berbilang
bangsa dan agama dan akur kepada kepimpinan Melayu.
Sejarah
juga telah membuktikan dengan kesemua kejayaan ini maka Negara
memperolehi kemerdekaan daripada sebuah Negara yang mempunyai sebuah
Empayar yang amat kuat tanpa berlaku peperangan.
Namun demikian kesemua kejayaan itu pasti
akan tinggal menjadi SEJARAH sekiranya keputusan Pilihanraya yang lepas
dijadikan sandaran. Rata- rata rakyat berbilang kaum seolah- olah
memberi isyarat iaitu mereka menolak Barisan Nasional. Dan lebih malang
lagi parti- parti komponen meletakkan kesalahan kepada UMNO apabila
parti mereka kalah di dalam pilihanraya.
Dari segenap sudut UMNO di persalahkan dan
terus di persalahkan. Pemimpin- pemimpin mereka semakin lantang
mempertikaikan hak istimewa Melayu dan kaum bumiputra. Mereka sengaja
membiarkan NGO-NGO menghentam dan menghina Pemimpin- pemimpin UMNO.
Apabila pemimpin UMNO mempertahankan Bangsa Melayu mereka akan menuduh
kita sengaja meniup api perkauman dan meminta pemimpin kita di tahan di
bawah akta ISA. Dan mereka mengambil kesempatan untuk mengugut kita
dengan meminta berbagai- bagai hak dan kuasa.
Contohnya apa yang telah berlaku semasa
persidangan Pemuda MCA yang lalu dimana seorang perwakilan pemudanya
yang berasal dari Perak yang mahukan kerajaan mengambil tindakan ISA
keatas Naib Ketua Pemuda Malaysia dimana waktu itu Saudara Khairy
Jamaludin dan Dato Hishamudin adalah tetamu jemputan. Ini telah
melanggar adab kesopanan kerana tidak menghormati tetamu.
Dalam persidangan yang sama juga Ketua
Pemuda MCA di waktu itu, meminta supaya Jawatan Timbalan Pengerusi
Barisan Nasional perlu di kongsi bersama dengan MCA.
Satu pertubuhan haram yang bernama Hindraf
yang di dokong oleh satu parti pembangkang telah berkali- kali mencabar
kerajaan. Mereka mengadakan beberapa siri demonstrasi yang menekan
kerajaan supaya akur kepada kehendak mereka. Tidak cukup dengan itu
sahaja, mereka juga menggunakan anak- anak kecil dan wanita sebagai
benteng menghalang daripada tindakan pihak berkuasa.
Pemimpin- pemimpin mereka memburukkan
kerajaan kepada negara2 luar. Dan yang lebih membakar hati kita ialah
apabila mereka dengan sikap yang begitu biadab telah memalukan Perdana
Menteri semasa Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri baru- baru ini.
Hari ini pihak pembangkang seolah- olah
cuba menjadikan kontrak sosial sebagai isu ketidak adilan kerajaan.
Pemuda amat hairan, mungkin mereka ini lupa kerana pada kurun ke 15
sewaktu Kerajaan Melaka memerintah hak orang- orang Melayu adalah
seratus peratus. Tidak timbul langsung kaum- kaum lain mahukan hak atau
kuasa seperti hari ini.
Perkara ini mula berlaku semasa British
terpaksa tunduk dengan desakan UMNO untuk mencapai kemerdekaan, dan
orang- orang Melayu sedia memberi hak kewarganegaraan kepada kaum- kaum
lain yang tinggal di Negara ini. Dan selepas kejadian 13 Mei kita telah
memberi hak ekonomi sebanyak 70% kepada mereka dan kita cuma mengambil
sebanyak 30%. Rupa- rupanya sifat pemurah kita tidak di hargai langsung.
Nampaknya kuota 70% yang kita persetujui
didalam kontrak sosial yang lepas tidak mencukupi bagi mereka. Mereka
mahukan 30% hak bumiputra yang terpaksa kita kongsi bersama dengan Iban,
Kadazan, orang asli, melayu dan lain- lain kaum bumiputra.
Nampaknya hak kita semakin lama semakin
mengecil dan akhirnya kita pula terpaksa meminta belas kasihan dari
mereka untuk hidup di bumi bertuah ini. Dengan ujian- ujian ini Pemuda
amat merasa insaf dan teruji. Kita tidak mampu untuk menghalang kerana
Pemuda terikat dengan budaya UMNO pada hari ini yang terlalu menjaga
hati. Pemuda tidak menyalahkan sesiapa tetapi Pemuda sedar bahawa
sesuatu perlu di lakukan. Pemuda berpendapat Parti UMNO ini akan hanya
di hormati sekiranya kita benar- benar kuat. Didalam keadaan lemah apa
sahaja boleh berlaku.
Dan hari ini Pemuda terpaksa memikul satu
beban yang amat berat dimana beban ini hanya akan menjadi ringan
sekiranya mendapat kerjasama dari ketua- ketua2 cawangan dan ketua2
bahagian dan Pemimpin atasan. Pemuda amat mengharapkan supaya setiap
cawangan menambah sebanyak mungkin ahli- ahli di peringkat remaja untuk
persediaan PRU 13. Kita perlu membuat penambahan ahli- ahli kerana pihak
pembangkang masih berterusan memujuk anak- anak muda melayu untuk
menyertai parti mereka.
Pemuda juga merayu supaya ahli- ahli
menjalankan tanggungjawab mereka dengan ikhlas. Ahli- ahli perlu
meluahkan pendapat dan ketidak puasan hati mereka melalui mesyuarat
cawangan masing- masing agar pucuk pimpinan tahu masalah mereka. Jangan
di biarkan ketidak puasan hati ini mereka simpan sehingga menyepikan
diri dari parti. Ahli- ahli juga perlu berkempen supaya dapat meraih
sokongan kembali kepada UMNO.
Janganlah kita di dalam parti ini saling
salah menyalahkan. Yang silap di perbetulkan dan yang salah di maafkan.
Dalam buku sejarah juga banyak persoalan yang tidak terjawab sehingga
hari ini.
Persoalan nya ialah SIAPAKAH YANG BERSALAH.
Salah kah Tuah membunuh sahabatnya Jebat
kerana taat kepada raja?
Salahkah Jebat menderhaka kepada Raja
kerana mempertahan kan Tuah?
Salahkah Raja yang menghukum Tuah kerana
terpedaya dengan fitnah pembesar- pembesarnya?
Salahkah pembesar- pembesar cemburu kepada
Tuah apabila Raja terlalu melebih- lebihkan Tuah?
Dan kenapa Bendahara Tun Perak tidak pernah
dipersalahkan kerana menyembunyikan Tuah walaupun arahan Raja ialah Tuah
di hukum bunuh.
Dan jawapannya bergantung kepada ideologi
dan perjuangan kita sendiri.
Dengan ini Pemuda Ipoh Barat ingin
melancarkan manifesto yang berbunyi DARAH DAN MARUAH. Yang bermaksud
Darah itu adalah pengorbanan pemuda dalam mempertahankan maruah agama,
bangsa dan Negara.
Percayalah, hanya dengan pengorbanan kita
sahaja Agama, Bangsa dan Negara kita berada didalam keadaan bermaruah.
SAUDARA SYAMSUL BAHARIN PUTRA BIN AHMAD SHIBI
KETUA PEMUDA BAHAGIAN IPOH BARAT
|